Posts

JEMPUTAN: SESI DIALOG BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL AUDIOLOGI KKM

Kepada semua wakil syarikat atau hospital swasta yang berurusan dengan hospital KKM,

MANSA dengan ini ingin menjemput mana-mana wakil syarikat/hospital swasta yang berminat untuk menyertai sesi dialog bersama KKM mengisi pautan ‘Google Form’ di bawah.
Maklumat lanjut:
Tarikh | 7/12/2018
Hari | Jumaat
Masa | 9 pagi hingga 1 tengahari
Tempat | Bilik Persidangan Hospital Rehabilitasi Cheras
Jumlah peserta | Terbuka kepada 40 tempat sahaja
Objektif | Peluang bagi syarikat dan hospital swasta memahami protokol KKM dengan lebih jelas khususnya yang melibatkan pembekalan dan rujukan kes-kes alat bantuan pendengaran kepada hospital KKM
Bagi mereka yang tidak dapat hadir, adalah amat dialu-alukan juga untuk mengisi pautan ‘Google Form’ sekiranya terdapat sebarang persoalan/pendapat/cadangan yang ingin disampaikan semasa sesi tersebut.
Tempat adalah terhad dan hanya individu yang mendapat balasan surat pengesahan jemputan dibenarkan hadir ke sesi ini.
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 23 November 2018 (Jumaat).
Sila ke pautan berikut bagi pendaftaran kehadiran atau sekiranya terdapat sebarang soalan/pendapat/cadangan yang ingin disampaikan.
Surat jemputan rasmi boleh didapati di Bil.6 Dialog Bersama Jawatankuasa Teknikal Audiologi KKM
Sebarang persoalan berkenaan sesi ini boleh diajukan kepada pihak setiausaha MANSA di email mansa.secretary@gmail.com.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
Yang benar,
TASNIM HAZIZAN
Setiausaha I
Persatuan Audiologis Kebangsaan Malaysia 2018/2019