5 January 2015 -GST Talk and Discussion

Dear members and friends,

We will be organising a Goods and Services Tax (GST) talk and a short introduction to Good Disbribution Practice for Medical Devices (GDPMD) for the Audiology Industry. We would also like to get your feedback and your concerns (if any) on hearing aids being taxed and we do hope that you will come to support us, as we would like to lobby for zero rated GST for hearing aids, cochlear implants and the accessories to the tax authorities.

The event will be held on the 5th of January 2014, at Pusat Kembangan Pendidikan (PKP), UKM , Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.

The schedule for the event are as follows :

2.00 : GDPMD intro

2.30 : GST talk for Hearing Industry

4.00: Tea

4.15: GST talk for Hearing Industry

5.00 : What system should be used for GST

5.30: Q&A and a short discussion

6.00: Adjourn

 

Please confirm your attendance by emailing us at mansa.secretary@gmail.com before 31st of December 2014.

Thank you!

LAPORAN SESI DIALOG ANTARA KETUA UNIT AUDIOLOGI KKM BERSAMA SYARIKAT SWASTA ANJURAN MANSA

Pada 21 November 2014 bermula jam 2.45 petang telah berlansung satu perjumpaan antara Ketua Unit di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia bersama wakil dari beberapa syarikat alat batu pendengaran bertempat di Billik Seminar 1, Hospital Putrajaya.

 

Objektif perjumpaan adalah untuk mendapat gambaran jelas tentang Polisi Operasi Standardc(SOP) penjagaan pesakit dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran serta Garis Panduan Preskripsi dan Pemasangan Alat Bantu Pendengaran di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Encik Patrick Tan telah bertindak sebagai moderator kepada sesi dialog tersebut. Seramai 28 orang yang telah menghadirkan diri untuk perjumpaan ini.

 

Sesi dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Encik Patrick Tan. Sesi diteruskan dengan pembentangan Polisi Operasi Standard(SOP) penjagaan pesakit dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran serta Garis Panduan Preskripsi dan Pemasangan Alat Bantu Pendengaran oleh Puan Nur Azyani binti Amri selaku Ketua Profesyen Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) di Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Puan Azyani menerangkan terdapat 7 SOP yang digunapakai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) di KKM iaitu:

 

  1. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa yang bermasalah Pendengaran
  2. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Kanak-kanak yang bermasalah Pendengaran
  3. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Vestibular dan Keseimbangan
  4. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Tinnitus
  5. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Medicolegal
  6. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Retrokoklear
  7. Polisi Operasi Standard Penjagaan Pesakit Terdedah Kepada Kebisingan

 

Antara SOP di atas adalah Polisi Operasi Standard (SOP) penjagaan pesakit dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. SOP ini telah digunapakai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) sejak tahun 2007 dan telah disemak kembali pada tahun 2012. Manakala di antara dokumen yang menjadi rujukan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) di KKM adalah:

 

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009
  2. ii. Garis Panduan Pemberian Bantuan di Bawah Tabung Bantuan Perubatan (TBP)

 

Puan Azyani menekankan setiap rujukan perubatan bermasalah pendengaran akan diberi temujanji untuk pemeriksaan pendengaran. Selepas pemeriksaan telinga dilakukan, rujukan kepada Pakar Otorinolaringologi (ORL) akan dibuat jika perlu. Jika tiada, pesakit akan menjalani sesi percubaan alat bantu pendengaran. Daripada sesi temujanji tersebut, 3 peralatan yang berlainan model dan tidak melebihi harga siling akan dicuba ke atas pesakit. Pada akhir sesi pesakit akan memilih alat yang didapati sesuai dan selesa. Manakala jika pesakit ingin membuat pembelian sendiri, pegawai boleh mencadangkan kedai-kedai yang berdekatan dengan kediaman pesakit dan juga mempunyai Audiologis.

 

Rujukan : Carta_Aliran_Permohonan

 

Isu ‘favoritism’ oleh Audiologis KKM terhadap mana-mana syarikat telah dibangkitkan oleh beberapa wakil syarikat alat bantu pendengaran. Sekali lagi Puan Nur Azyani menekankan tidak akan ada sebarang isu favoratisma selagi pegawai mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Untuk kes batuan samada TBP, JKM, Zakat dan lain-lain, Puan Nur Azyani menerangkan selain daripada pemilihan oleh pesakit, faktor lain yang mempengaruhi pemilihan alat bantu pendengaran adalah bergantung juga kepada kos, lokasi kedai yang berdekatan dengan hospital dan kediaman pesakit serta servis yang diberikan oleh syarikat pembekal selepas pembelian alat bantu pendengaran.

 

Puan Nur Azyani menyeru agar jika terdapat aduan yang melibatkan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) di KKM ataupun pertanyaan berhubung hal-hal berikatan preskripsi alat bantu pendengaran oleh syarikat pembekal, sila berhubung dengan Encik Shaharul Farzul di email shaharul1978@gmail.com ataupun Puan Siti Suriani di email suria17178@yahoo.com . Aduan tersebut akan diketengahkan kepada Jawatankuasa Teknikal Audiologi (JKTA) untuk audit dan siasatan. Kemudian perbincangan akan diadakan antara wakil JKTA, wakil syarikat dan pegawai berkenaan. Jika tiada juga juga penyelesaian, aduan kepada SPRM boleh dilakukan jika perlu.

 

Salah satu daripada langkah yang bakal diambil oleh JKTA adalah Audiologis KKM tidak dibenarkan melakukan locum di syarikat alat bantu pendengaran berkuatkuasa 1 Januari 2015. Puan Azyani juga menerangkan kepada hadirin bahawa untuk setiap Pegawai baru yang dilantik, setiap tahun JKTA akan merangka satu kurus induksi untuk pengenalan kepada servis Audiologi di bawah KKM. Antara perkara yang ditekankan didalam kursus tersebut adalah SOP penjagaan pesakit dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran serta Garis Panduan Preskripsi dan Pemasangan Alat Bantu Pendengaran  dan garis panduan kepada pemasangan alat bantu pendengaran.

Sebagai penutup, Puan Nur Azyani menggalakkan perbincangan diadakan dengan wakil exco alat bantu pendengan iaitu Encik Shaharul Farzul jika terdapat masalah berkaitan hal-hal pemasangan alat bantu perdengaran dan hal-hal berkaitan dengannya.

 

Moderator, Encik Patrick Tan berharap agar perjumpaan ini mendapat memberi manfaat untuk semua. Moderator mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran.

 

Disedikan oleh:

Norfarah Wirda binti Holid,

Setiausaha II,

MANSA   

 

 

Laporan Lawatan FRIM – Puan Ain , Exco Pelajar

Pada tanggal 8 Mac 2014 yang lalu, sekretariat Hal Ehwal Pelajar MANSA telah menganjurkan aktiviti bersama pelajar audiologi daripada UKM. Aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti “Canopy Walkway” bertempat di FRIM. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada tahun satu sehingga tahun empat daripada Program Audiologi, UKM telah telibat untuk bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Read more

Thank you for supporting the Hearing Carnival

We would like to thank all who came to the Hearing Carnival.

 

We would also like to thank the sponsors for their support that had made the Carnival possible and as well as those who came and made it a successful one. To the organizers, well done   for the hardwork in ensuring the program ran smoothly and hopefully this is just the beginning of many more carnivals such as these.

 

20140511-213023.jpg

20140511-213038.jpg

20140511-213104.jpg

20140511-213146.jpg

20140511-213304.jpg

Hearing carnival is now!

If u are reading this on 10 May 2014 hop over to Tasik Titiwangsa right away. The Hearing Carnival is now on! Here are some photos 20140510-100049.jpg  20140510-100113.jpg 20140510-100122.jpg 20140510-100106.jpg

Come over now and join the fun and be part of the agent of change for hearing, better hearing.

The Gift of Communication Funds

Slide 1
We are happy to announce that the Applications for the Gift of Communication Funds are open again!
If you have clients who need financial assistance for audiological or speech-language intervention, including traveling expenses and hearing aids, please submit an application to The Malaysian Resource Centre of Speech-Hearing and Language (MARCHES).
For more information, please contact MARCHES at marchesmalaysia@gmail.com or visit their website at www.marches.com.my.
For Application Form, please download the attachment below:
Application Guidance: GCF2013Guideforapplicants
Good Luck!!