Jawantankuasa Konfederasi Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia (MyCAHP)

Malaysian Confederation of Allied Health Professional Associations (MyCAHP) atau Konfederasi Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 26 Mac 2017 (Sabtu) di Bilik Mesyuarat Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM (Putrajaya). MANSA, sebagai ahli berdaftar MyCAHP telah menghadiri mesyuarat tersebut dan diwakili oleh Presiden MANSA.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa baru MyCAHP sesi 2017/2018 & 2018/2019.

Penasihat – Y.Bhg. Dato’ Tan Yoke Hwa
(Bekas Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM)

1. Presiden – Nik Mohamed Hazmi Hj Nik Hussain (Persatuan Pegawai Sains Fizik KKM- PERFEKS)

2. T/Presiden – Yew Su Fen (Persatuan Fisioterapi Malaysia – MPA)

3. Setiausaha – Azman Mohamed (Persatuan Profesion Psikologi KKM)

4. T/Setiausaha – Tengku Mohd Asri Tengku Makhtar (Malaysian Occupational Therapy Association -MOTA)

5. Bendahari – Patrick Tan Han Guan (Persatuan Audiologis Kebangsaan Malaysia – MANSA)

6. EXCO – Jamaliah Salleh (Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu)

7. EXCO – YM Raja Ahmad Shah B Raja Abdul Rahman (Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia)

8. EXCO – Faridah Robiah Ismail (Malaysian Institute of Medical Laboratory Sciences – MIMLS)

9. EXCO – Aida Farhana (Malaysian Society of Clinical Psychology – MSCP)

10. EXCO – Benjamin Seow Chu Tek (Malaysian Dental Technologist Association)

11. Juruaudit – Md. Mamfaluti Khalil (Persatuan Juruteknologi Makmal Perubatan Malaysia – JTMP)

12. Juruaudit – Mohd Fazmi Fatelol (Persatuan Patologis Pertuturan Bahasa, Malaysia (SPEAK)

Matlamat Persatuan MyCAHP adalah seperti berikut:
1) Melindungi kepentingan dan meningkatkan nilai-nilai profesion kesihatan bersekutu.

2) Mengembeleng usaha bersepadu melalui kesefahaman dan perpaduan ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan penjagaan kesihatan

3) Menerajui pembangunan dan perkembangan profesion kesihatan bersekutu

Kita mengucapkan tahniah kepada jawantankuasa baru dan diharapkan semua profesion menyokong mereka untuk meningkatan kualiti perkhidmatan profesion kesihatan bersekutu di Malaysia.

WhatsApp Image 2017-03-29 at 1.51.24 AM